Memperolehi insentif pelancongan ke luar negara ibarat satu mimpi menjadi realiti. Inikan pula jika insentif pelancongan ini diperolehi secara percuma. Berkat kesungguhan setelah menyertai Syarikat Hai-O Marketing, Hong Kong merupakan destinasi kedua dikunjungi selepas Beijing
Mengunjungi salah satu daripada wilayah pentadbiran Republik China, Hong Kong mempunyai keluasan 1,104 km persegi dan mempunyai populasi penduduk mencecah 7 juta orang. 95 peratus daripada penduduk Hong Kong merupakan etnik Cina dan bertutur dalam bahasa Kantonis.
Syukur Alhamdulillah telah mendapat insentif melancong ke Hong Kong
Berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menaiki pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengambil masa hampir 5 jam untuk tiba di Bandaraya Hong Kong.
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, kami dibawa mendaftar ke L`Hotel Nina terletak di tengah-tengah bandaraya Hong Kong. Selepas selesai urusan di hotel, kami dibawa ke pusat membeli belah Tsuen Wan Shopping Mall untuk membeli-belah dan menikmati majlis makan malam secara gilang gemilang di L`Hotel Nina Ballroom
Suasana di Hong Kong International Airport
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, kami dibawa mendaftar ke L`Hotel Nina terletak di tengah-tengah bandaraya Hong Kong. Selepas selesai urusan di hotel, kami dibawa ke pusat membeli belah Tsuen Wan Shopping Mall untuk membeli-belah dan menikmati majlis makan malam secara gilang gemilang di L`Hotel Nina Ballroom
Persembahan tarian naga mengalu-alukan kedatangan kami ke Hong Kong
Keesokan harinya kami semua dibawa melawat ke tempat paling menggembirakan di dunia iaitu Disneyland. Hanya terdapat 4 Disneyland di seluruh dunia selain Hong Kong iaitu di Tokyo, Paris dan California. Lokasi Hong Kong Disneyland terletak di Penny`s Bay iaitu di dalam Lantau Island
Pintu gerbang Disneyland Hong Kong
Berjaya menjejakkan kaki ke Kota keriangan dunia Disneyland
Kami diberikan passport selama sehari untuk mengalami sendiri dunia penuh magis dan berpeluang mencuba semua tarikan dan pengembaraan hebat yang ada disini tanpa had. Disini jugalah kami dapat melihat pelbagai watak animasi Disney yang menghiburkan hati seperti Mickey Mouse, Donald Duck, Goofy, Rapunzel, Aladdin dan watak-watak dalam filem animasi Cinderella, Toy Story, Lilo and Stitch, Winnie The Pooh, The Little Mermaid, Snow White and the Seven Dwarfs dan banyak lagi.
Passport selama sehari untuk menikmati kemeriahan Disneyland
Reka bentuk istana dan bandar Disneyland
Bergambar dengan watak-watak Disney
Sempat lagi bermain dengan permainan dalam Disneyland
Persembahan daripada watak-watak animasi Disney yang menghiburkan
Hari berikutnya kami di bawa mengelilingi Bandaraya Hong Kong. Antara tempat-tempat menarik yang dilawati seperti Golden Bauhinia Square yang menjadi simbolik penyerahan Hong Kong daripada Britain kepada Republik China pusat membeli-belah Tsim Tsa Tsui dan Lady`s Market yang menjadi tumpuan pelancong-pelancong kerana harga barangannya yang sangat murah dengan syarat anda perlu bijak dalam melakukan tawar menawar kerana majoriti peniaga tidak mahir berbahasa Inggeris
Selepas selesai membeli belah, kami di bawa melawat ke Avenue of Star yang terletak di sepanjang jalan Victoria Harbour di Tsim Sha Tsui. Sepanjang 440 meter jalan tersebut juga diceritakan perjalanan sejarah perfileman Hong Kong selama seratus tahun terakhir
Sekitar Avenue of Star di Victoria Harbour
Selepas makan malam, kami di bawa mengililingi kawasan sekitar Hong Kong dengan menaiki bas dua tingkat `Open Top Big Bus` selama satu jam
Golden Bauhinia Square yang menjadi simbolik penyerahan Hong Kong
Pemandangan Indah Bandaraya Hong Kong
Selepas selesai membeli belah, kami di bawa melawat ke Avenue of Star yang terletak di sepanjang jalan Victoria Harbour di Tsim Sha Tsui. Sepanjang 440 meter jalan tersebut juga diceritakan perjalanan sejarah perfileman Hong Kong selama seratus tahun terakhir
Sekitar Avenue of Star di Victoria Harbour
Selepas makan malam, kami di bawa mengililingi kawasan sekitar Hong Kong dengan menaiki bas dua tingkat `Open Top Big Bus` selama satu jam
Menikmati pemandangan Hong Kong dengan menaiki 'Open Top Big Bus'
Hong Kong merupakan satu lokasi yang menarik untuk dikunjungi di luar kerana menyediakan pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari luar. Jadi jom kita sama2 merebut insentif pelancongan yang sentiasa di berikan oleh syarikat
Bersama rakan-rakan usahawan yang sangat sporting!
VIDEO KLIP SEMINAR SEBERANG LAUT HONG KONG