Tuesday, September 25, 2012

Open Day Branch Melaka

Pada hari Sabtu 22/9/12, pihak syarikat Hai-O Marketing telah mengadakan Majlis Open Day Stokis Melaka Raya sempena pelancaran wajah baru cawangan Hai-O di negeri Melaka. 
Tengok dari jauh ala-ala lobi hotel gitu. Nak tawan zon selatan, branch juga mesti power punya. Tengok aje dah terpikat, belum lagi info tentang produk. 
Ternyata lain sakan. Berbeza dengan wajah sebelum ini.
Ground floor, macam lobi hotel. Level 1 dan level 2 tempat meeting.
Tapi semalam level 2, Hai-O buat booth untuk beberapa produk terhangat.
Demo kehebatan produk di setiap booth. Siapa yang tengok pasti teruja dan tambah yakin lagi terhadap produk-produk Hai-O. Rugi buat rakan kongsi yang tidak hadir semasa majlis perasmian pembukaan tersebut

 Tentatif program perasmian Malacca Branch Open Day

Ucapan alu-aluan dari Pengurus Besar, Mr Teo Nee Siang


Pengenalan produk minuman BB kolagen Plus dari Pakar Pemakanan & Nutrisi, 
Miss Catherine

Sempat lagi berposing dgn rakan kongsi semasa majlis berlangsung


Level 1. Bilik meeting. Kerusi ala2 banquet gitu. Memang senang nak buat kelas 
.

 Level 2. Booth produk terhangat dipasaran


 Demo produk Garam Buluh daripada staf syarikat

 Salah satu demo yang aku tengok. Kelebihan sabun garam buluh. 
Selepas tengok demo ini, takut nak guna sabun-sabun lain

Kaunter Hai-O, Branch Melaka. Ternyata berwajah baru. 
Masuk je, bangkitkan semangat pahlawan

Sofa merah. Garang. Ummphkan daya juang.
Indah rak kaca. Tersusun produk Hai-O yang panas-panas.
Buah tangan siapa yang hadir semalam.

Wow! Sibuk register cabutan bertuah...

Stokis Melaka Raya berwajah baru. Siap pasang 2 khemah lagi untuk majlis ini


Memang terbaiklah Stokis Hai-O Melaka Raya. 
Pasni nak bertekad nak gerak gempur penduduk Negeri Melaka dengan sistem yang terhebat. 
Rugi kalau orang2 Melaka sendiri tidak menggunakan stokis ini sebaik2nya. 
Kredit to Mr Jimmy Goh yang sentiasa memberikan sepenuh kerjasama buat saya dan rakan kongsi melakukan bisnes di negeri ini
 
WANNA KNOW MORE?

CALL ME 0176675127
I will guide you all the way, just follow my leads. :)


Saturday, April 7, 2012

Kemeriahan Dinikmati di Kota Raya Hong Kong

Memperolehi insentif pelancongan ke luar negara ibarat satu mimpi menjadi realiti. Inikan pula jika insentif pelancongan ini diperolehi secara percuma. Berkat kesungguhan setelah menyertai Syarikat Hai-O Marketing, Hong Kong merupakan destinasi kedua dikunjungi selepas Beijing
Pasport Antarabangsa dan tiket flight sudah siap tersedia

Mengunjungi salah satu daripada wilayah pentadbiran Republik China, Hong Kong mempunyai keluasan 1,104 km persegi dan mempunyai populasi penduduk mencecah 7 juta orang. 95 peratus daripada penduduk Hong Kong merupakan etnik Cina dan bertutur dalam bahasa Kantonis. 

 Syukur Alhamdulillah telah mendapat insentif melancong ke Hong Kong
 
Berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menaiki pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengambil masa hampir 5 jam untuk tiba di Bandaraya Hong Kong.

 Suasana di Hong Kong International Airport

 Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, kami dibawa mendaftar ke L`Hotel Nina terletak di tengah-tengah bandaraya Hong Kong. Selepas selesai urusan di hotel, kami dibawa ke pusat membeli belah Tsuen Wan Shopping Mall untuk membeli-belah dan menikmati majlis makan malam secara gilang gemilang di L`Hotel Nina Ballroom
Gala Dinner di L`Hotel Nina Ballroom

 Majlis Dinner yang penuh gilang-gemilang

Bersama Sifu 369, CDM Madon dan bonda CDM Samiah
 
Persembahan tarian naga mengalu-alukan kedatangan kami ke Hong Kong

Keesokan harinya kami semua dibawa melawat ke tempat paling menggembirakan di dunia iaitu Disneyland. Hanya terdapat 4 Disneyland di seluruh dunia selain Hong Kong iaitu di Tokyo, Paris dan California. Lokasi Hong Kong Disneyland terletak di Penny`s Bay iaitu di dalam Lantau Island

Pintu gerbang Disneyland Hong Kong

 Berjaya menjejakkan kaki ke Kota keriangan dunia Disneyland


Kami diberikan passport selama sehari untuk mengalami sendiri dunia penuh magis dan berpeluang mencuba semua tarikan dan pengembaraan hebat yang ada disini tanpa had. Disini jugalah kami dapat melihat pelbagai watak animasi Disney yang menghiburkan hati seperti Mickey Mouse, Donald Duck, Goofy, Rapunzel, Aladdin dan watak-watak dalam filem animasi Cinderella, Toy Story, Lilo and Stitch, Winnie The Pooh, The Little Mermaid, Snow White and the Seven Dwarfs dan banyak lagi. 

 Passport selama sehari untuk menikmati kemeriahan Disneyland

 
 Reka bentuk istana dan bandar Disneyland
 
 Bergambar dengan watak-watak Disney

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan watak-watak animasi Disney kegemaran tersebut. Di dalam disneyland ini terdapat pelbagai taman-taman hiburan yang menarik seperti Fantasyland, Adventureland, Tomorrowland dan Toy Story Land. Terdapat banyak aktiviti di sini dan mimpi ibarat menjadi kenyataan di Disneyland Hong Kong



Sempat lagi bermain dengan permainan dalam Disneyland




Persembahan daripada watak-watak animasi Disney yang menghiburkan
Hari berikutnya kami di bawa mengelilingi Bandaraya Hong Kong. Antara tempat-tempat menarik yang dilawati seperti Golden Bauhinia Square yang menjadi simbolik penyerahan Hong Kong daripada Britain kepada Republik China pusat membeli-belah Tsim Tsa Tsui dan Lady`s Market yang menjadi tumpuan pelancong-pelancong kerana harga barangannya yang sangat murah dengan syarat anda perlu bijak dalam melakukan tawar menawar kerana majoriti peniaga tidak mahir berbahasa Inggeris

 Golden Bauhinia Square yang menjadi simbolik penyerahan Hong Kong


 Pemandangan Indah Bandaraya Hong Kong

Selepas selesai membeli belah, kami di bawa melawat ke Avenue of Star yang terletak di sepanjang jalan Victoria Harbour di Tsim Sha Tsui. Sepanjang 440 meter jalan tersebut juga diceritakan perjalanan sejarah perfileman Hong Kong selama seratus tahun terakhir






Sekitar Avenue of Star di Victoria Harbour

Selepas makan malam, kami di bawa mengililingi kawasan sekitar Hong Kong dengan menaiki bas dua tingkat `Open Top Big Bus` selama satu jam

 Menikmati pemandangan Hong Kong dengan menaiki 'Open Top Big Bus'

Hong Kong merupakan satu lokasi yang menarik untuk dikunjungi di luar  kerana menyediakan pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari luar. Jadi jom kita sama2 merebut insentif pelancongan yang sentiasa di berikan oleh syarikat
 Bersama rakan-rakan usahawan yang sangat sporting!


VIDEO KLIP SEMINAR SEBERANG LAUT HONG KONG

Thursday, October 13, 2011

STROK (ANGIN AHMAR)

APA ITU STROKE / ANGIN AHMAR?
Strok/Angin Ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.
Strok/Angin Ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa.Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.
Tanda-tanda awal sebelum terjadi Angin Ahmar seperti berikut:
  • Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
  • Sukar menelan.
MERAWAT PESAKIT STROKE / ANGIN AHMAR MENGGUNAKAN PRODUK.
*Rawatan ini ditegah kepada pesakit yang telah by pass jantung (pembedahan) @ telah cuci buah pinggang (Dylisis).

MASALAH STROKE (ANGIN AHMAR)
MIAUTAN (Air Mutiara laut)
2 Kapsul campur air suling @ Bio Aura 1.5 liter
(minum bila-bila masa).Kemudian bekukan dalam peti ais,keluarkan serta minum sedikit demi sedikit apabila cair.
Chlorella
10 biji pagi 10 biji petang waktu perut kosong
Thai Shan Garnodarma (lingzi)
2 biji pagi 2 biji malam waktu perut kosong
Celgynic
4 biji pagi 4 biji malam lepas makan


TINDAKBALAS PEMBONGKARAN SEMASA RAWATAN:
  • Tekanan darah meningkat @ terasa tegang dibelakang leher.
  • Kadar gula didalam darah meningkat mendadak.
  • Terasa panas didalam badan.
  • Buang air kecil kerap pada peringkat awal.
  • Buang air besar luar biasa pada peringkat awal.
# Jika pesakit tidak tahan dengan tindakbalas selama tempoh rawatan, dinasihatkan kurangkan pengambilan dos kepada separuh, penambahan dos dilakukan beperingkat-peringkat. Jika tindakbalas masih berterusan hentikan rawatan serta-merta dan dapatkan khidmat nasihat daripada pakar produk yang berpengalaman.

SENGGUGUT & KEPUTIHAN

Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atay 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.


Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.


BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU
Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.


Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.


Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.


Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.


TAHAP SENGGUGUT
Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.


SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA
Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 


'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Ter api yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.


SENGGUGUT SEKUNDER
Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.
Contoh-contoh lain adalah :


ENDOMETRIOSIS
Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.




FIBROID

Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.


PELVIK

Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.


'INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'

Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.


Satu kajian klinikal terhadap 5000 wanita berkeputusan Herba Maharani dapat menyelesaikan 100% masalah 
Kenggugut  & Keputihan.






Kenali warna-warna keputihan / lelehan faraj.

Ketahui Gejala Penyakit Melalui Warna Lelehan Faraj
Anda boleh mengetahui penyakit yang mungkin dialami melalui warna lelehan faraj. Semoga keterangan lanjut INTAN JASTINA JAMALUDDIN yang mendapatkan pandangan daripada doktor pakar perbidanan dan sakit puan, Dr. Mohamed Rafi Mohammed Feizal dari pusat perubatan Umra, Shah Alam dapat membantu. 
Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar saat keputihan berlangsung. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.


1. Jernih
Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur atau apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.



2. Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.



3. Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.



4. Coklat


Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.


5. Merah muda


Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.


Warna-warna lain




1.Kelabu


Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia berkemungkinan petanda awal kanser.


2. Kuning kehijauan


Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.


3. Kuning


Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.


     Jika anda mengalami gejala keputihan seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana rawatan khusus harus dilakukan segera bagi mencegah komplikasi yang lebih teruk. Komplikasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila kuman mula menyerang serviks. Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan terutamanya tiub fallopio rosak.


     Sekiranya anda beranggapan keputihan yang dialami tergolong sebagai abnormal, maka segeralah bertemu doktor. Namun, pastikan sebelum bertemu dengannya, anda tidak membersihkan vagina dengan sabun pencuci atau apa-apa jenis pencuci pun. Hal ini penting agar doktor dapat melihat keadaan sebenar keputihan.




     Selanjutnya, anda akan diberi rawatan yang bersesuaian dan dipantau perkembangannya. Dalam sesetengah kes, sekiranya masalah keputihan yang dialami berulang biarpun rawatan telah diberikan, suami pun perlu sama-sama menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui punca sebenar keputihan yang dialami. Hal ini penting untuk dilakukan kerana punca keputihan yang anda alami mungkin berpunca daripada beliau.



Info : Antibiotik yang diambil ketika sakit akan menghapuskan sekali gus bakteria baik dan jahat. Untuk mengembalikan kewujudan bakteria baik dalam tubuh, anda digalakkan untuk mengambil yogurt atau minuman berkultur yang mengandungi banyak lactobacilus.