Alhamdulillah, berkat menceburi bisnes ni 3 bulan sahaja sudah melayakkan diri untuk mendapat insentif melancong percuma ke Beijing, China
Mula2 rasa macam tak percaya coz tak pernah termimpi pun nak naik flight apatah lagi nak ke luar negara.
Sebelum berlepas rasa sedih pasal tak pernah berjauhan dengan keluarga. Paling jauh dulu masa belajar kat Perak pun tak rase mcm ni coz masih dalam Malaysia. Jarak dari KLIA ke Beijing adalah 4,333 km iaitu 8 jam penerbangan menaiki pesawat MAS MH370
Paling tak tahan apabila dihidangkan 3 kali makan. kenyang giler dah rase mcm ular sawa dalam flight tu..huhu
Akhirnya selamat sampai ke Beijing Capital Airport. Cuaca kat sana sangat sejuk mencecah 4 darjah celcius. Nasib baik tour guide dah pesan bawak baju sejuk siap2 kalau tak memang mati kesejukan kat sana.
Setelah sampai di Beijing, rombongan kami telah dibawa untuk melawat Tian An Men Square. Tempat ini merupakan square yang terbesar di dunia
Selepas itu kami dibawa pula ke Forbidden City, juga dipanggil `Gu Gong`. Ia merupakan Istana pada zaman dinasti Ming dan Qing. Selain itu, ia merupakan pusat politik untuk kerajaan China selama 5 abad. Sekarang ia merupakan sebuah muzium.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.